Pengenalan NBOB
Pertubuhan National Board of Beauty atau nama singkatannya NBOB mula ditubuhkan pada 1hb Disember 2021 dibawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1983 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). NBOB adalah sebuah Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong dasar-dasar kerajaan dalam menyelia industri kecantikan, menyediakan landasan dan panduan kepada pengguna dan peniaga.


